mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI: WEBINAR SAFE N SHIELD (FEB 2025)

Tajuk : WEBINAR SAFE N SHIELD
Tarikh :  13 FEBRUARI & 14 FEBRUARI 2025
 Masa :  10.00 am – 11.00 am
Tempat :  NADI TAMAN ANGKASA NURI

Program SAFE N SHIELD (Umur: 7 – 17 tahun)
Dilaksanakan secara online di NADI

Tujuan

  • Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan gajet yang selamat dan bertanggungjawab.
  • Membantu peserta memahami bahaya dalam talian seperti penipuan, buli siber, dan ketagihan skrin.
  • Menggalakkan amalan digital yang sihat dan seimbang dalam kehidupan seharian.

Aktiviti Program

  • Sesi Interaktif: Kuiz dan soal jawab tentang keselamatan dalam talian.
  • Cabaran Bijak Digital: Tugasan harian untuk melatih penggunaan internet secara sihat.
  • Sesi Perkongsian: Perbincangan bersama pakar dan pengalaman peserta mengenai keselamatan digital.
  • Video Edukasi: Tayangan video pendek mengenai etika dalam talian dan perlindungan data peribadi.

Kebaikan Program

  • Meningkatkan kesedaran peserta tentang risiko penggunaan internet yang tidak terkawal.
  • Membantu peserta mengamalkan etika digital yang baik dalam kehidupan seharian.
  • Membentuk tabiat penggunaan gajet yang lebih sihat dan seimbang.
  • Memberi ilmu dan kemahiran kepada peserta untuk melindungi diri daripada ancaman dalam talian.
  • Menggalakkan interaksi dan pembelajaran secara kreatif dan menyeronokkan

Gambar di sini