| Tajuk | : PENGLIBATAN NADI DALAM PROGRAM MADANI RAKYAT(OKTOBER 2025) |
| Tarikh | : 17-19 OKTOBER 2025 | JUMAAT-AHAD |
| Masa | : 9.00 am – 1100 pm |
| Tempat | : POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA |
🎯 Tujuan Program NADI di PMR
- Memperkenalkan peranan NADI sebagai pusat aktiviti komuniti digital dan pembelajaran sepanjang hayat.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peluang, kesedaran, dan perkhidmatan digital yang disediakan oleh NADI.
- Menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti sihat, berinformasi dan bermanfaat.
🎮 Aktiviti Yang Dijalankan
- Pameran & Promosi NADI – Pendaftaran ahli baharu serta perkongsian aktiviti NADI kepada pengunjung.
- Saringan Kesihatan – Pemeriksaan asas seperti tekanan darah, BMI dan tahap gula secara percuma.
- Program DILEA & KIS – Penerangan berkaitan literasi digital dan keselamatan internet untuk masyarakat.
- Aktiviti eSport –
- Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)
- eFootball (Console & Mobile)
Aktiviti santai & kesedaran tentang potensi eSport sebagai industri positif.
- Pameran Usahawan & Demo Mahir Jahit (NADI Taman Angkasa Nuri) – Menampilkan hasil kerja tangan dan demonstrasi jahitan sebagai inspirasi kepada pengunjung dalam bidang kemahiran & keusahawanan.
🌟 Kebaikan Program
- Memberi kesedaran tentang kepentingan keselamatan digital, kesihatan dan kemahiran keusahawanan.
- Menggalakkan penglibatan belia dan komuniti dalam aktiviti bermanfaat di bawah NADI.
- Mengeratkan hubungan antara komuniti, belia dan agensi pelaksana melalui aktiviti santai dan interaktif.
Gambar Disini