mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI: PERTANDINGAN MLBB PERINGKAT NADI 2025 (MUSIM KE 2) – (MEI 2025)

Tajuk : PERTANDINGAN MLBB PERINGKAT NADI
Tarikh :  10 – 11 MEI 2025
 Masa :  09.30 am – 12.30 pm
Tempat :  NADI TAMAN ANGKASA NURI

Tujuan:
Aktiviti ini dianjurkan bagi:

  1. Memberi pendedahan positif terhadap bidang e-sukan kepada remaja setempat.
  2. Meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan digital dan komunikasi sihat dalam komuniti permainan.
  3. Membina keyakinan diri, semangat berpasukan dan kebolehan bersaing secara sihat.
  4. Melahirkan wakil komuniti yang berpotensi dalam dunia e-sukan.

Aktiviti:

1. Penyertaan Saringan Kejohanan E-Sukan

Pasukan Never Cygorn telah menyertai pusingan saringan awal dalam kejohanan e-sukan yang dianjurkan di peringkat komuniti. Kejayaan mereka membolehkan pasukan ini mara ke peringkat seterusnya hingga ke pusingan akhir.

2. Penyertaan Tour Game & Perlawanan Separuh Akhir

Pasukan telah melalui beberapa siri perlawanan secara langsung (tour game) sebagai persediaan dan latihan taktikal. Mereka kini bersedia menghadapi pusingan separuh akhir dan berpotensi besar mara ke final.

3. Modul Kesedaran Online (Modul 1)

Tajuk: Scammer & Perangkap Dunia Gaming – Lindungi Diri, Lindungi Akaun
Modul ini memberi pendedahan kepada peserta tentang taktik scammer, kebocoran akaun dan langkah perlindungan asas dalam dunia permainan.

4. Modul Kesedaran Online (Modul 2)

Tajuk: Toksik atau Terbuka? – Budaya Komunikasi Selamat dalam Komuniti E-Sukan
Peserta dibimbing untuk mengenalpasti budaya komunikasi toksik dan mengamalkan komunikasi terbuka serta saling menghormati dalam pasukan dan komuniti.

Kebaikan:
Kesedaran Digital Meningkat – Peserta lebih peka terhadap isu keselamatan akaun, privasi dan tingkah laku dalam talian.
Peningkatan Soft Skill – Aktiviti ini membantu membina kepimpinan, kerja berpasukan, dan pengurusan emosi.
Penglibatan Positif Remaja – Aktiviti ini menjadi ruang sihat bagi remaja menyertai dunia digital dengan bimbingan positif.
Pembangunan Potensi Wakil Komuniti – Peserta kini berperanan sebagai ikon komuniti dalam bidang e-sukan di peringkat tempatan.

Gambar di sini