| Tajuk | : HARI BERSAMA KOMUNITI SEMPENA WRUR DUN DURIAN TUNGGAL 2025 |
| Tarikh | : 31 OKTOBER 2025 | JUMAAT |
| Masa | : 9.00 am – 6.00 pm |
| Tempat | : NADI TAMAN ANGKASA NURI |
🎯 TUJUAN PROGRAM
- Meraikan dan mengiktiraf peranan komuniti terutama wanita dalam pembangunan keluarga & masyarakat.
- Meningkatkan pengetahuan peserta melalui taklimat kesedaran, digital, kesihatan dan keselamatan.
- Menjalinkan hubungan lebih rapat antara komuniti, agensi dan pasukan pelaksana melalui aktiviti santai & interaktif.
- Menyediakan platform komuniti mendapatkan perkhidmatan asas seperti kesihatan, digital ID dan saringan awal.
⭐ AKTIVITI YANG DIJALANKAN
- Saringan Kesihatan Kendiri
Pemeriksaan asas seperti tekanan darah, BMI, gula & nasihat kesihatan awal. - Pap Smear
Pemeriksaan awal untuk kesedaran kesihatan wanita dan pengesanan awal risiko kanser serviks. - Pendaftaran & Semakan MyDigital ID
Membantu peserta daftar, semak status dan memahami fungsi MyDigital ID untuk urusan digital kerajaan. - Sukan Rakyat
Aktiviti santai seperti tarik tali, baling kacang atau permainan tradisional yang mengeratkan hubungan komuniti. - Taklimat Kesedaran
Merangkumi topik literasi digital, keselamatan internet, kesihatan mental dan kesejahteraan komuniti. - Sesi Town Hall
Ruang terbuka untuk penduduk memberi pandangan, cadangan dan isu semasa bagi penambahbaikan komuniti.
🌟 KEBAIKAN PROGRAM
- Meningkatkan kesedaran kesihatan & menggalakkan pemeriksaan awal dalam kalangan wanita dan keluarga.
- Memperkukuh literasi digital melalui pendaftaran MyDigital ID & taklimat keselamatan digital.
- Mengukuhkan hubungan komuniti melalui aktiviti sukan rakyat dan sesi town hall yang terbuka & mesra.
Gambar di sini.