CELIK IT – M. ZARIF AZHAR
Nama | MUHAMMAD ZARIF AZHAR | Umur | 12 tahun |
zarifazhar@gmail.com | Pekerjaan | Murid Sekolah | |
Alamat | Taman Angkasa Nuri | Tahun Menjadi Ahli | 2022 |
Latar Belakang:
Zarif merupakan seorang murid sekolah yang gemar mencuba perkara baharu. Beliau sering hadir ke NADI untuk mempelajari kemahiran baharu yang boleh membantu meningkatkan pencapaian akademik dan kreativiti beliau.
Sebelum Penggunaan ICT:
Sebelum mengenali aplikasi seperti Canva, Zarif menghadapi kesukaran untuk menyusun idea dalam bentuk visual. Beliau kurang mahir menghasilkan bahan pembentangan dan sering bergantung kepada bantuan rakan atau guru untuk tugas-tugas seperti membuat poster, jadual, atau reka bentuk grafik yang menarik.
Selepas Penggunaan ICT:
Selepas menyertai kelas asas komputer di NADI, Zarif mempelajari cara menggunakan Canva untuk mencipta poster, jadual, dan bahan pembentangan. Dengan kreativiti dan kemahiran baharu yang diperoleh, beliau berjaya menghasilkan tugasan yang lebih teratur dan menarik secara sendiri. Tugasan beliau kini bukan sahaja kelihatan profesional, tetapi juga mendapat pujian daripada guru dan rakan-rakan. Aplikasi ini turut membantu Zharif lebih yakin dalam menyampaikan idea secara visual.